Thursday, 12 February 2015

PERHIMPUNAN SOKONGAN UNTUK ANWAR KURANG SAMBUTAN

Tian Chua bersama penyokongnya menyerai perhimpunan di sungai buluh

SUNGAI BULOH: Perhimpunan bagi menyatakan solidariti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan penjara Sungai Buloh yang bermula malam ini selepas dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan liwat ternyata kurang mendapat sambutan.



Sejak ia dimulakan jam 9 malam tadi, dianggarkan hanya kira-kira 250 penyokongnya termasuk kanak-kanak hadir memberi sokongan menyertai perhimpunan itu yang dianjurkan Parti Keadilan Rakyat (PKR)
.
Beberapa pemimpin pembangkang turut sama hadir antaranya Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul serta Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.

Mereka turut membuat pengucapan awam yang antara lainnya mendakwa sabitan hukuman penjara yang dikenakan terhadap Anwar yang juga ketua Umum PKR itu sebagai tidak adil dan zalim.
Mereka yang hadir juga dilihat menyalakan lilin kononnya simbol bagi menerangi kezaliman yang didakwanya dilakukan terhadap ketua pembangkang itu.

Bagi memastikan keselamatan di kawasan terbabit, anggota polis dilihat melakukan kawalan di lokasi bagi memastikan perhimpunan diadakan dengan aman tanpa sebarang kekacauan.


Semalam, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar untuk membatalkan sabit bersalah oleh Mahkamah Rayuan dan hukuman penjara lima tahun terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.



No comments:

Post a Comment