Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima sumbangan RM100
ribu daripada Chengaljati Sdn Bhd yang diwakili oleh Pengarah Urusannya, Datuk
Ir Shaari Hassan untuk Tabung Ihsan Pemulihan Masjid Banjir Kelantan di
Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini
menerima sumbangan RM10 juta daripada beberapa badan dan syarikat untuk Tabung
Ihsan Pemulihan Masjid dan surau akibat Banjir di Kelantan bagi membaik pulih yang
rosak akibat banjir baru-baru ini di Kelantan.
Majlis berlangsung di Bangunan Perdana Putra itu turut
dihadiri beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Sumbangan disampaikan wakil badan dan syarikat antaranya
Bank Islam Malaysia Bhd; Bank Rakyat; FELCRA Bhd dan Jawatankuasa Mempromosikan
Persefahaman dan Keharmonian di Kalangan Penganut Agama.
Sementara itu, pengerusi tabung berkenaan Datuk Dr Asyraf
Wajdi Dusuki berkata tabung itu diwujudkan sejak 20 Januari lalu hasil
inisiatif Biro Agama UMNO Kelantan serta dipantau sebuah Jawatankuasa Pemegang
Amanah untuk memastikan ketelusan pengagihan bantuan.
Beliau berkata, banjir di Kelantan baru-baru ini yang
dianggap terburuk dalam sejarah negara telah mengakibatkan 83 masjid dan 242
surau di negeri itu mengalami kerosakan teruk dan dianggarkan RM20 juta
diperlukan untuk baik pulih termasuk membeli kelengkapan.
"Prinsip pengagihan tabung ini adalah bila dapat
sumbangan terus bagi (kepada masjid dan surau) dan bukannya kumpul,"
katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan itu.

No comments:
Post a Comment