PUTRAJAYA: Mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan untuk
menurunkan tarif elektrik dengan kadar Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT)
sebanyak 2.25 sen/kWj bagi pengguna di Semenanjung Malaysia, berkuat kuasa 1
Mac hingga 30 Jun 2015.
Perkara itu diumumkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan
Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di sini, sebentar tadi.
Selain itu, purata kadar tarif elektrik di Sabah dan Wilayah
Persekutuan Labuan diturunkan sebanyak 1.20 sen/kWj, berkuat kuasa bagi tempoh
sama, penurunan sebanyak 3.5 peratus daripada purata kadar tarif semasa.
Maximus berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira
penurunan kos bahan api global.
"Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 32 peratus
pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300 kWj sebulan dan semua
pengguna dalam kategori lain seperti komersial dan industri," katanya.
No comments:
Post a Comment