Mengetahui bahawa
sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."
Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w,
"Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi
mintalah keterangan dari unta ini."Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai
unta, milik siapakah engkau ini ?"Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang,
"Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para
saksi itu adalah dusta."
Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu,
"Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang amalan engkau,
sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang
benar."Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak
tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau
sepuluh kali."
Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari
hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat
nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama
sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi
diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat
nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu
mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.

No comments:
Post a Comment