Wednesday, 11 February 2015

TEBUSAN AS SAH DIBUNUH MILITAN IS

    
 Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengesahkan akan  kematian rakyatnya, Kayla Jean Mueller yang dijadikan tebusan oleh militan Negara Islam (IS) sejak hampir dua tahun lalu.

     Kayla yang berasal dari Arizona, merupakan pekerja bantuan kemanusiaan, ditahan militan IS di Aleppo, Syria sejak Ogos 2013.

     Obama dalam kenyataannya berkata, AS berikrar kepada keluarga mangsa untuk memburu pihak yang terlibat terhadap kematian wanita berusia 26 tahun itu.

“Tidak kira berapa lama masa yang diambil, kita akan memburu dan membawa pengganas yang bertanggungjawab terhadap kes penculikan dan pembunuhan Kayla,” kata Obama.AFP

No comments:

Post a Comment