Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala
Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata, polis berharap dapat menyelesaikan
siasatan ke atas Zunar, 52, secepat mungkin.
“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 4 Akta
Hasutan 1948 oleh Bukit Aman,” katanya.Semalam, Zunar dipercayai memuat naik
komen pada 12.17 tengah hari yang menyebabkan ketua Polis Negara, Tan Sri
Khalid Abu Bakar mengarahkan ia disiasat.Sehubungan itu, suspek ditangkap di
Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam pada 9.30 malam.
Semalam, Mahkamah Persekutuan menolak
rayuan akhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana meliwat bekas
pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium
Desa Damansara, Jalan Setiakasih di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan
4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Ketua Hakim
Negara, Tun Ariffin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim menyampaikan
keputusan itu dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan oleh
Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lalu.

No comments:
Post a Comment