KOTA BHARU: Ribuan orang mula menziarahi jenazah Allahyarham
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di rumahnya di Pulau Melaka di
sini, hari ini.
Orang ramai meliputi pelbagai lapisan masyarakat mula
memenuhi kediaman Allahyarham sebaik tersebarnya berita mengenai kematian bekas
menteri besar Kelantan selama lebih dua dekad, sejak 1990, pada 9.40 malam
tadi.
Jumlah mereka bertambah ramai sejak awal pagi tadi.
Nik
Abdul Aziz, 84, meninggal dunia di rumahnya selepas sekian lama menghidap
kanser prostat.Jumlah
mereka bertambah ramai sejak awal pagi tadi. Antara
yang telah menziarahi jenazah ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang,
Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.


No comments:
Post a Comment