.::Synopsis::.
Puaka X yang dianggotai oleh Amar, Rizal dan Dani merupakan
sebuah kumpulan penyiasat paranormal yang berkelakuan langsi dan sering
melanggar pantang larang, tidak seperti kumpulan penyiasat paranormal yang
lain. Sertai debaran penyiasatan Puaka X melalui filem “Puaka Balai Gombak”
yang akan berada di pawagam pada 29 Januari 2015. Sinopsis: Ramai mempercayai
bahawa sesebuah tempat atau lokasi itu dikatakan berpuaka setelah berlaku
sesuatu tragedi yang melibatkan kematian atau kawasan yang telah lama
ditinggalkan. Alam mistik sering menjadi sebuah topik yang subjektif dan
menjadi perbalahan dikalangan masyarakat kerana masing-masing mempunyai
perspektif yang berbeza-beza terutama sekali di kalangan ahli-ahli kumpulan
paranormal di Malaysia mahupun di luar negara. Antara tempat-tempat yang sering
menerima kunjungan kumpulan-kumpulan paranormal tempatan adalah seperti Balai
Gombak, Highland Towers, Villa Nabila, Apartment Riviera II, Taman Rekreasi
Mimaland di Gombak dan banyak lagi. Puaka X merupakan sebuah kumpulan
paranormal tempatan yang menggunakan pendekatan berbeza jika dibandingkan
dengan kumpulan-kumpulan paranormal yang lain

No comments:
Post a Comment