PETALING JAYA: Plus Malaysia
Berhad (PLUS) akan memberi rebat tol sehingga 30 peratus kepada pengguna
kenderaan Kelas 1 di lebuh raya itu sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina
ini.
Rebat sebanyak 20 peratus
akan diberikan bagi perjalanan pada hari puncak iaitu 17, 18, 21, dan 22
Februari dan ia melibatkan pengguna kenderaan Kelas 1 yang mematuhi jadual
Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS.
PLUS turut memberikan rebat
30 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari bukan puncak, iaitu pada
16 dan 23 Februari.
Pengarah Urusan PLUS, Datuk
Noorizah Abdul Hamid, berkata pengguna untuk perjalanan jarak jauh (melebihi
100 km) serta membayar tol secara elektronik layak menikmati faedah itu.
UNTUK LEBIH LANJUT:
No comments:
Post a Comment