Apakah yang akan timbul di dalam fikiran anda apabila saya menyebut misteri segi tiga bermuda?
Adakah disebabkan pusaran air lauk?
Makhluk air yang besar?
Puting beliung yang misteri?
Tanggal 8 April
2006 adalah hari yang paling diingati dalam sejarah kerana pada hari itulah aku
ditugaskan untuk cover kapal kargo milik malaysia selendang ayu. pada hari itu
juga adalah pengalaman pertama utk tugasan cover kapal kargo kerana banyak kejadian
lanun yang menghantui pelayar-pelayar dari malaysia Apabila tugasan di mesir
sudah tamat pihak SIB diberi tugasan baru dan Major ravi telah mengarahkan
aku,bahtiar dan ramzul utk mengendali kes ini.
Apabila kami ditugaskan tanpa membuang masa
kami terus bersiap utk ke pelabuhan labuan dimana tempat kami akan berlepas.
perjalanan menaiki helikopter milik ATM Augusta 109E lancar tanpa sebarang
masalah. petang menyinsing dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal
kargo selendang ayu yang difahamkan akan berlayar ke bahamas utk penghantaran
perubatan dan keperluan bantuan mangsa ribut disana. pihak Malaysia begitu
perihatin utk membantu walaupun bahamas adalah dibawah pemerintahan amerika
namun atas dasar keperimanusiaan kerajaan kita tetap membantu.
Aku,ramzul dan
bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat yang berkeluasan 30 kaki dan
berkatil tingkat hmm..bolehla walaupun bukan 5 star selesa la jugak. tapi salah
seorang kene la tidur di lantai berlapikkan kain saja dan orang itu adalah aku
sebab memang dah biasa dengan lantai-lantai ni. aku termenung seketika diatas
tilam tempat bahtiar berbaring ramzul diatas pon tgh berbaring keadaan aku yang
termenung itu disedari bahtiar lalu dia menegur. “weh apsal ko termenung bro”?
sapa bahtiar sambil menolak bahuku. “Aku bukan apa aku hairan kenapa sampai nak
kene cover kapal ni cube kamu tengok tadi ramai yang jadi pak guard depa
senjata pon ada.
Jawab aku dengan
penuh hairan. “Entah la aku pon pelik juga kenapa kita nak terlibat sekali
kalau dah ada yang cover kapal ni”? sampuk ramzul yang aku dan bahtiar ingat
dah bermimpi indah. tiba-tiba bahtiar menempik dalam nada yang sederhana
“weii.. bukan ke kalau nak ke bahamas to kene lalu segitiga tu baru sampai
sana”? “ha ah la mesti kene lalu segitiga setan tu..ahh sudah menyesal la pulak
aku join cover ni” kata ramzul. Aku hanya boleh membisu dan berfikir. Benar
kata-kata bahtiar memang kapal ni akan melalui segitiga bermuda jika mahu
sampai ke bahamas.
Aku cuma
tenteramkan mereka yang nampak gelisah..”segitiga je beb bukan segi empat ke
segi lima yang korank risau apehal”? seloroh aku.. “ye la kamu jangan cakap
sembarangan dah lalu nanti baru kamu tau penangan tempat tu”. kata-kata ramzul
seperti meningkatkan lagi kerisauan bahtiar yang dari tadi seperti gelisah tak
tentu pasal. ” dah.. cukup dengan segitiga korank.. ingat misi kita apa
disini.. kita lakukan dengan profesional pasal dengan tempat puaka tu memang
senjata kita tak lut pada mereka tapi apa guna kita ada Allah yang maha Esa?
sekuat2 mana jin yang ada didunia ni tidak tertanding kuasa yang Allah ada..
tadah tangan kita mohon dengan penuh yakin pasti Allah tidak akan biarkan
hambanya yang didalam kesusahan” madah aku dengan penuh yakin. Perjalanan kami
ke bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya kerana kapal ini kerap singgah di
pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan makanan dan pelepasan dari
negara-negara yang telah kami masuki utk memastikan apa yang kami bawa bukan
barang2 haram yang boleh membawa ancaman kepada negara-negara tersebut.
Apabila tiba di
setiap perairan ada saja tentera marin ataupon penguatkuasa laut yang datang
utk memeriksa. jika ada keraguan kapal kami ditahan sementara utk pengesahan.
Apabila kapal kami tiba di lautan atlantik satu detik hati yang begitu risau
apabila melihat sekitar lautan yang tiada pulau bermakna kami berada di
tengah-tengah lautan atlantik yang luas dan menurut kapten kapal inilah dia
laluan segitiga bermuda. bahtiar dan ramzul seperti kerisauan melihat sesama
sendiri.
Ketika berada di
bilik kawalan kapal saya bertanya kepada kapten yang bernama zulfakar. ” apa…
kapten tak berasa risau melalui laluan ni”? tanyaku dengan penuh berani. “ini
pertama kali saya mengikuti laluan ni… sebelum ini kawan saya yang juga kapten
kapal bernama john barios penah melalui laluan ini dan selepas dia menghantar
barang di miami sesampainya beliau di pelabuhan para petugas menemui hanya dia
seorang sahaja di atas kapal yang lain telah tiada walaupon semasa belayar
sebanyak 30 crew yang menyertai pelayaran itu dari england.. dan beliau
disahkan gila kerana setiap saat beliau mengatakan ada makhluk ganjil yang
sedang mengganas di pertengahan laut atlantik seperti menunggu utk membaham
kapal-kapal yang melalui laluan ini.
Sebab itulah saya
juga mencari jawapan segala kebenaran yang dia katakan” kata beliau dengan nada
yang sedikit kesedihan. aku terdiam dan hanya menghayati kesdihan kapten zul
yang benar2 terasa dengan apa yang terjadi dengan sahabatnya itu. aku kembali
ke bahagian tengah kapal dan melihat ke ke lautan yang sedikit berkabus. sut
yang kami pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yg melampau tatkala
angin lautan atlantik yang melanda sekala sekala deras.
Ramzul dan
bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan pasukan keselamatan
yang ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini. kebanyakannya melayu dan seorang
adalah berbangsa sigh. dalam penghayatan aku di lautan tiba2 bahtiar
menggoncang bahuku dengan laju ”weiii.. korang nampak tak kat sana?” tuju jari
bahtiar ke selatan laut. aku dan ramzul pantas melihat.. namun aku dan ramzul
tak dapat melihat apa2 kecuali kabus yang semakin tebal dan hitam. ”mana taka
ada apa2 pon” pintas ramzul. ”ada aku mmg nmpak tadi” yakin kata2 bahtiar itu.
”apa yang kamu nampak” kata ku. ”aku nmpak kapal” jawab bahtiar. “Ahhh.. kapal
pon mau kecoh ka? biasa la kapal memang lalu sini” pintas ramzul lagi. ” takk..
aku nampak kapal zaman portugis” yakin bahtiar lagi. ”biar betul kamu ni
bahtiar”? tanya ku dengan penuh kepastian.
Aku sekali lagi
mengamati betul2 apa yang bahtiar katakan, mataku melihat sekeliling apakah
benar dakwaan bahtiar tadi, kabus semakin lama semakin tebal dan hitam. tiba2
mataku terpandang satu objek di selatan laut yang berada di dalam kabus2
semakin lama semakin objek itu menampakkan diri dan sah ianya sebuah kapal
perang lama.. ”ramzulll.. minorrr” jerit aku meminta ramzul teropong.
Ramzul segera
memberi padaku beliau pun sudah dapat melihat kapal tersebut. aku melihat kapal
tersebut dengan teropong.. semakin lama semakin dekat dan apabila ternampak
satu nama dikapal tersebut aku terus diselubungi keresahan.. mana taknya nama
kapal tersebut dikenali sebagai SANTA MARIA kapal perang yang pernah dinaiki
oleh kapten columbus pada tahun 1492 dan pernah melaui perairan atlantik ini
utk mendarat di bahamas. Hati aku sekali lagi berdegup detap apakah ini realiti
kerana apa yang ternampak dimata disaksikan juga oleh para krew kapal yang
lain.. mereka semua terpegun dengan kapal yang sudah berusia beratus lamanya
belayar setara dengan kapal yang sedang kami naiki ini.. bahkan dari tadi kami
rasakan seperti kelajuan kapal yang berada 500 meter dari kapal kargo kami ini
setara sahaja.
Sekali lagi
teropong diarah ke kapal berusia beratus tahun itu dengan tujuan ingin melihat
penghuni dan crew kapal tersebut apakah ada penghuninya. tiada nmpak sebarang
kelibat manusia pun didalam kapal tersebut. Tiba-tiba siren kapal kargo kami
kedengaran.. aku pantas naik ke dek pengemudi yang melihatkan kapten zulfakar
dalam keadaan cemas.. ”apa yang terjadi kapten”? “entahlah saya tak pasti tetapi
tadi saya ternampak seekor binatang yang besar sedang melintas didepan kapal
seperti dinosour tengkuknya panjang dan pantas menenggelamkan diri” kata kapten
zul. aku melihat kembali di luar.. kapal santa maria itu masih ada dan seiring
dengan kapal ini.
Awan tiba2 gelap
di depan kami seperti ada ribut yang mahu melanda petir sekali sekala menyambar
disertakan dengan guruh namun tanda2 hujan tidak kelihatan. Ramzul dan bahtiar
kedua2anya seperti terpaku apabila dipanggil nama seperti tiada respon dari
mereka. Aku turun dan membaca bismillah kemudian dihembus kemuka mereka..
alhamdulillah mereka sedar.. ” apa yang kita nak buat ni?” kata bahtiar. angin
semakin kencang.. para krew kapal bertempiaran sesama sendiri mencari
perlindungan tatakala kapal seperti hilang keseimbangan… para pasukan
keselamatan pun bnyak yang tergolek dan kami berpaut di sisi kapal aku melihat
kedepan ”ahh kapal ni tak bergerak ni.. kabus itu yang datang menghampiri” kata
ku.
Sebab aku kata begitu kerana melihat di
awan terdapat beberapa ekor burung yang tidak bergerak dan masih berada di
posisi sama begitu juga kapal santa maria yang seiring dengan kapal kami tidak
seperti bergerak langsung. ramzul dan bahtiar masih berpaut dengan senjata
masing2 dah jatuh kemana aku pon tak tau dengan keadaan kapal yang tidak
stabil. ”ya Allah.. apa yang mahu kamu berikan ini aku dan rakan2 tetap tabah
utk hadapinya” kataku di hati kecil”.
Dengan tak
semana2 ada satu gelombang yang muncul didepan kapal merempuh kami dan kesemua
krew termasuk aku dan rakan2 tersungkur jatuh dan muntah semuntah2nya ya Allah
azab nya keadaan ini seperti nak tercabut nyawa ketika gelombang itu merempuh
kapal kami. Pengalaman Ngeri Di Segitiga Bermuda 4 kilat terus sambar menyambar
dan kabus hitam tebal itu semakin hampir baru kami semua krew nak berdiri teguh
kembali sekali lagi gelombang itu muncul dan menghentam kami.. Ahhh.. terbaring
kembali dan muntah2 kami lagi dan senaknya hanya Allah sahaja yang tahu. aku
gagahkan utk berdiri tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampu utk
berdiri termasuk rakan2 ku ramzul dan bahtiar.. aku terus meluru ke dek kapten
melihatkan mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang berselerakan.
Aku papah kapten
zulfakar dan terus kapten itu berkata “cepat AZAN.. tengok tuu” kapten menunjuk
jari ke depan .. Ya Allah kabus hitam itu menyerupai seperti sekujur tubuh
manusia yang besar dengan gagah datang kearah kami.. dengan mulutnya terbuka
luas seperti gembira mahu menjamah kami.. tatkala itu muncul satu pusiran air
laut yang besar dibelakangnya.. hanya Allah yang mengetahui apa yang terjadi
kepada kami ini dan hanya dialah sahaja penyelamat kami. Aku memberanikan diri
dan terus kedepan kapal mengadap kabus lembaga itu dengan penuh kemarahan yang
sedang mara dengan hanya 200 meter sahaja .. kapal ini tak bergerak.
Tangan kananku
ditekup ke telinga dan dengan nafas panjang aku Azan dengan hati yang berserah
padaNYA dan berkata hati ku ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR .. biarlah
nyawaku diambil lembaga ini dan selamatkanlah nyawa rakan-rakanku diatas kapal
ini.. tengahku bertarung nyawa dedepan kapal terdengar pula dibelakang suara
yang ramai melaungkan Azan.. wpt.dan apabila didalam kapal itu bergema Azan..
selesai Azan telingaku seperti dengan jelas terdengar dari mana datangnya
tetapi dekat di telinga satu ayat berbunyi ” Wa ja ‘alna mim baini aidihim
saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun ” diulang
banyak kali dan sememangnya jelas di anak telinga ini dan dengan sepontan aku
mengikutinya dan krew2 yang hampir pon melafazkannya dengan izin Allah segala
kabus hitam hilang dari pandangan termasuk kapal santa maria yang berada
seiring dengan kami diikuti pula cahaya matahari yang terang seperti menghalau
kabus2 hitam itu terus menguasai lautan. pusaran air juga hilang dari pandangan
yang terlihat hanyalah sebuah lautan yang membiru. aku melutut kesyukuran
dengan peluh membasahi seluruh tubuh menadah tangan sambil berkata ” TIADA
SANGSI LAGI ENGKAULAH MAHA PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH SYUKUR KEHADRATMU”
krew2 yang lain memapahku ke dok kapal kerana menyedari bertapa tidak
bermayanya aku.
Keadaan pulih
seperti biasa ramzul dan bahtiar seperti tidak percaya dengan apa yang aku
lakukan diatas kapal ini dan tak seberapa lama kemudian kapal kami tiba di
pelabuhan bahamas dengan penuh cerita yang terjadi dan mereka juga memahaminya
melihat situasi kami yang sedikit tidak teruurus.wpt. apabila barang2 kargo di
serahkan kami bermalam hampir tiga hari di bahamas macam-macam cerita yang kami
dengar dari mulut penduduk itu sendiri perkara yang sama pernah terjadi kepada
kapal yang lain dan yang bernasib baik lepas yang tidak akan hilang begitu
sahaja.
Lautan atlantik
pernah digelar seperti jalan mati oleh penjelajah lama yang bernama kapten
columbus seorang kapten yang pernah mengemudi kapal santa maria yang kami
jumpai di tengah lautan atlantik. perjalanan pulang kami tempuhi dengan selamat
apabila kebanyakan krew kapal berwirid dan berzikir. kami juga berjemaah
beramai2 ditengah2 kapal bacaan yassin juga tidak terlepas dan apabila dibaca
ayat 1-9 yassin itulah dia ayat yang didengar dicelah2 telinga semasa
berhadapan dengan musibah yang terjadi. yang baiknya apabila ahli pasukan
keselamatan yang berbangsa sigh mahu memeluk islam kerana melihat kebesaran
yang benar dari Allah yang maha esa sehingga terbuka pintu hatinya utk memeluk
islam.
Syukur
alhamdulillah.. perjalanan kami selamat ke tanah air selepas 3 minggu belayar
dari bahamas dan membawa pengalaman yang tak ternilai semasa berada di lautan
Atlantik.. ALLAH MAHA BESAR… ALLAH MAHA BESAR.. wassalam…



No comments:
Post a Comment