Ajoi ialah seorang guru. Ajoi mendapat kerja sebagai guru
sandaran di sebuah sekolah di Ampang.
Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid -murid
darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu
“W.TAUFIK WWW”.
Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.
Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK
WWW ?”.
Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab sambil berdiri).
Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu, nama panjang kamu
apa?”.
Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.
Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.
Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi
TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…”.
Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.
Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke
darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.
Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB
DIAN”.
Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai
nama tersebut.
Berdirilah seorang murid perempuan dan menjawab “saya DIAN,
Cikgu…”.
Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik
darjah 3 Raya.
Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.
Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK. Abang saya darjah 3.”
Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.
Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…
Berakit-rakit Ke hulu
Berenang-renang Ke tepian,
Bersakit-sakit Dahulu
Bersenang-senang kemu
DIAN”
Cikgu Ajoi :@$%&#^%*&^$#%@!@...
UNTUK PARA GURU...
BERSABARLAH DENGAN NAMA2 ANAK MURID ANDA...
sekianlah lawak kita pada hari ini...

No comments:
Post a Comment