RAMADI - IRAQ. Selepas membakar juruterbang Jordan,
memancung rakyat Jepun termasuk memenggal kepala 21 penganut Kristian Koptik
Mesir, terbaru kumpulan militan Negara Islam (IS) dilapor terus bertindak kejam
dengan membakar 43 orang hidup-hidup dalam satu kejadian di wilayah Anbar,
barat Iraq, semalam.
Laporan agensi berita Xinhua yang memetik sumber keselamatan
wilayah itu berkata, dalam tragedi itu anggota IS menahan sebanyak 43 orang
penduduk dari kabilah Sunnah, albu-Obeid di bandar al-Baghdadi yang terlibat
dengan pertempuran terletak kira-kira 200 kilometer barat laut ibu negara Iraq,
Baghdad.
Menurut sumber kumpulan militan itu mengurung kesemua
tahanan dalam sangkar besi sebelum
membakar mereka hidup-hidup.
Terdahulu jelas sumber itu, 43 orang tersebut dipercayai
adalah anggota polis tempatan dan ahli kumpulan separa tentera Sahwa yang
kemudiannya dipindahkan ke bandar yang dikuasai kumpulan itu di Heet.
Pembunuhan itu berlaku tidak lama selepas pembunuhan 70
orang dalam tempoh 10 hari lalu apabila militan IS menyerang bandar al-Baghdadi
dan pangkalan tentera udara berhampiran, Ain al-Asad yang menempatkan ratusan
tentera marin Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, serangan kumpulan itu ke atas pangkalan udara
tersebut berjaya dipatahkan pasukan keselamatan dan pesawat AS, sementara
pertempuran berterusan di bandar itu selepas tentera Iraq menguasai semula
sebahagian kawasan berkenaan.
Sementara itu, sumber itu berkata, militan IS dilapor
mengepung sebuah kawasan perumahan di bandar al-Baghdadi yang menempatkan
berpuluh-puluh keluarga anggota keselamatan dan pejuang Sahwa.
Katanya, kesemua penduduk kini berdepan kekurangan bekalaan
makanan dan minuman termasuk bekalan senjata dan peluru.

No comments:
Post a Comment