PORT DICKSON: Seramai 2,000 pegawai dan anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan terbabit dalam pemantauan Skim Kawalan Harga sempena Tahun Baru Cina, bermula hari ini.Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek, berkata skim kawalan harga yang berlangsung selama 12 hari itu, memberi jaminan harga 12 barang kawalan tidak akan dijual melebihi harga siling ditetapkan.
"Semua penguatkuasa akan digerakkan dalam operasi pemantauan berterusan bagi memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan menjual pada harga lebih tinggi daripada sepatutnya.
"Selain penguatkuasa, kita juga meminta semua sukarelawan termasuk pemimpin masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyalurkan maklumat jika mengesan kegiatan peniaga yang melanggar harga kawalan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Skim Kawalan Harga sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina di Pasar Awam Lukut di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment